Dalam diam, penyanyi Tajul Ariff bakal menimang cahaya matanya yang kedua selepas isteri, Nurul Shamieza Eddie kini hamil 5 bulan lebih.
Menerusi perkongsian berita gembira itu di Instagram @icaaeddie, beliau dijangka akan bersalin pada awal Mei depan.
Katanya, kehamilan kali ini tidak memberikan alahan berbanding dengan kehamilan pertama, tetapi merasakan bayi yang dikandung kali ini lebih besar daripada sebelumnya.
“Alhamdulillah 5 month ++ dah umur awak sayang ❤️
“Ya Allah peliharalah anakku selama di dalam kandunganku. Aminn”
“This pregnancy rasanya sama kod mcm carissa, mommy icaa takada alahan just mual & takada selera sgt nak makan. Daddy yg dapat muntah muntah & craving mcm mcm 😝 tapi second baby ni rasa besar semacam, baru 3m pregnant dah macam 6m carissa, and baby kicking semua dapat rasa cepattt sgt 😍😍”, tulis isteri Tajul itu pada satu hantaran di Instagram.
Tajul yang bakal memasuki usia 23 tahun pada 1 April ini, mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Dalam perkembangan lain, Tajul juga telah tampil dengan single baharu berjudul ‘Izinkan Aku’ yang kini boleh didengarkan di YouTube FMC Music.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.