Penyanyi K-pop popular, Taeyong NCT menjadi perhatian peminat K-pop di Malaysia apabila menyebut perkataan “Hello My Sayang” ketika melakukan siaran langsung di media sosial.
Taeyong merupakan salah seorang ahli kumpulan K-pop, NCT dilihat melakukan siaran langsung di Instagram Live akaun peribadinya @taeoxo_nct pada Rabu.
Ramai peminat di seluruh dunia menyertai siaran langsungnya itu dan salah seorang peminat Malaysia menitipkan komen dengan mengatakan “Sayang”.
Penyanyi itu juga tertanya-tanya maksud ayat berkenaan sehingga ramai peminatnya memberitahu maksud perkataan itu kepadanya.
Tambahnya, Taeyong teruja apabila menyetahui makna disebalik perkataan berkenaan dan terus berkata dengan dialog “Hello My Sayang” atau “Hello sayangku”.
Malah, ada juga peminat Malaysia yang berjenaka dengan mengatakan pakaian yang dipakainya adalah pakaian Pengakap yang dipakai pelajar sekolah di Malaysia.
Sedutan video berkenaan kini trending di laman Twitter dan ramai hati peminat yang cair apabila mendengar Taeyong bercakap perkataan “Sayang” dengan begitu jelas sekali.
Kredit Twitter @ky00tt
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.