Pelakon yang terkenal dalam filem Juvana, Syazwan Zulkifly mendedahkan beliau akan mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari syarikat penerbangan tempatan pada 31 Ogos depan.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, perkenalan bersama wanita bernama Syawalriah Zulkifli, 32, sejak 10 tahun lalu mula bertukar serius sejak empat tahun lalu.
"Perhubungan kami bermula sebagai kawan dan lepas saya putus dengan seorang selebriti, barulah hubungan kami menjadi semakin rapat.
"Saya senang dengan dia kerana dia memahami kerja saya, tak ada nak bertanya atau mempersoalkan andai saya balik lewat atau bergurau mesra dengan teman selebriti lain.”, katanya pada Sinar Harian.
Tambah Syazwan lagi, sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa dirinya adalah panas baran, boleh bertanyakan pada bakal tunangnya itu.
"Kami dah kawan lama, dia pun tahu macam mana. Betul atau tidak saya panas baran, mungkin boleh tanya dia.
"Sejujurnya, selain kes melibatkan Shenty Feliziana (bekas kekasih), saya belum pernah lagi mengamuk di set ke, baling barang atau bergaduh dengan pengarah.
"Bagi saya kalau kami dah boleh lalui dugaan selama empat tahun bercinta, harap kami boleh lalui dugaan sebelum berkahwin. Setakat ini kami berada di landasan yang betul dan terpulang kepada kami bagaimana untuk melaluinya," jelasnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.