Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal, 23, memilih untuk mendirikan rumah tangga di usia muda bersama pilihan hati, Nasrullah Mohd Sapie, 23, yang merupakan sahabat kepada abangnya sendiri.
"Nasrullah kawan abang saya dan selalu lepak bersama. Dari situlah, saya selalu berjumpa dengan suami. Kami banyak persamaan dan perbezaan yang membuatkan saya tertarik dengan Nasrullah," katanya.
Menurut Syasya, antara sebab dirinya memilih Nasrullah sebagai teman hidup adalah kerana jejaka itu mempunyai wajah yang seakan-akan watak Nobita dalam siri animasi kegemarannya iaitu Doraemon.
Tambah Syasya, keutamaannya kini bukan lagi dalam bidang seni hiburan sebaliknya mahu memberi tumpuan untuk menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda.
"Saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mulakan hidup baharu. Kalau rezeki sebagai penyanyi setakat itu, maka setakat itulah. Tapi, kita tak tahu rezeki pada masa akan datang.
"Buat masa sekarang, saya tiada apa-apa perancangan sebab saya hendak tumpukan perhatian kepada pengajian.
Mengulas keputusan berundur daripada Dolla, Syasya mengakui, itu satu keputusan sukar buatnya, namun dia bersama anggota lain iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel masih mengekalkan hubungan baik sesama mereka.
Sumber Mstar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.