Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Syasya Kecewa Anak Dikritik - “Orang Sentuh Anak Saya, Mesti Saya Terkesan…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Mar 2025, 04:02 PM

syasya kecewa anak dikritik - “orang sentuh anak saya, mesti saya terkesan…”Foto: Instagram

Penyanyi, Syasya Rizal yang pernah didakwa hamil sebelum berkahwin, mengakui dirinya terkesan dengan komen negatif yang masih diberikan oleh segelintir individu terhadap anaknya, Muhammad Yassir Hayyan.

Namun, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, mengakui menyesal kerana terlalu cepat memberikan respons terhadap komen buruk mengenai status anaknya itu.

“Sebagai ibu, bila orang sentuh pasal anak, saya pasti akan terkesan. Kalau orang sentuh saya, saya okey sahaja.

“Namun, bila orang sentuh anak, saya rasa marah kerana mereka tiada hak untuk bercakap mengenai anak saya. Tapi saya juga akui, saya yang salah kerana membalas komen tersebut.

“Suami pun berpesan supaya saya tidak perlu melayan komen negatif dan tutup sebelah mata. Saya yang cepat melatah,” katanya ketika ditemui.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan pandangan orang luar, Syasya menyatakan bahawa dia tidak mahu memikirkan apa yang orang lain katakan kerana keluarganya yang terdekat tahu kisah sebenar.

syasya kecewa anak dikritik - “orang sentuh anak saya, mesti saya terkesan…”Foto: Instagram

“Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Cara mereka menilai cerita pasti tidak sama.

“Cukuplah orang sekeliling yang tahu cerita sebenar, itu sudah memadai. Lagipun, bukan semua orang luar kenal siapa Norsyasya Afiqah,” tambahnya.

Syasya juga berkongsi bahawa dia akan melindungi anaknya, tetapi tidak mahu terlalu berbuat demikian sehingga menghalang anaknya untuk meneroka dunia.

“Memang saya rasa nak melindungi anak, sebab biasalah, ibu mesti sayang anak.

“Tapi saya tak nak terlalu melindungi. Saya nak dia belajar dan meneroka dunia,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa Syasya hamil selepas meninggalkan kumpulan Dolla dan terpaksa berkahwin dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada April tahun lalu.

Syasya, bagaimanapun, menegaskan bahawa dia berharap fitnah tersebut dibalas di akhirat nanti.

Terdahulu, Syasya mengejutkan ramai peminat apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan Dolla atas sebab peribadi pada April tahun lalu, sebelum mengumumkan bahawa dia sah bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, pada 23 Disember 2023.

 

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us