Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri teruja dapat berkongsi jantina anak bersama penonton Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya (IB) pada Sabtu lalu.
Syamel Aqmal Mohd Fodzly atau mesra disapa Syamel terlalu teruja di atas pentas sehingga terlepas cakap mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Mac depan.
“Sebetulnya memang kami berniat untuk umumkan jantina anak pada masa yang dirasakan bersesuaian kelak. Tetapi entah macam mana, mungkin terlalu teruja berada di atas pentas, saya terlepas cakap mengenai jantina anak.
“Saya harap perkara tersebut tidak merosakkan perancangan isteri yang mungkin mahu mengadakan majlis untuk mengumumkan jantina anak,” katanya.
Isterinya, Ernie terkejut apabila suaminya Syamel tercakap jantina anaknya itu tetapi dia tidak menyalahkan suaminya kerana memahami perasaaan betapa terujanya untuk menimang anak.
“Setakat ni belum ada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis menyambut kelahiran bayi. Jadi, tidak rasa terkilan bila Syamel umumkan jantina anak lebih awal,” ujarnya.
Pasangan serasi ini juga berkongsi mereka ada memilih beberapa nama untuk bayinya itu tetapi perkara tersebut dirahsiakan setakat ini.
Terdahulu, Syamel dan Ernie Zakri berkenalan sejak 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.