Penyanyi, Syamel kini tampil dengan muzik video dan single terbaru bertajuk 'Curang'.
Jika dilihat penyanyi ini sering tampil dengan tema curang dalam setiap lagu beliau, namun tidak bermakna Syamel pernah melalui situasi itu.
“Semua orang pernah curang dan hasil kajian menunjukkan 90 peratus pasangan bercinta dalam lingkungan usia 23 hingga 29 tahun berpotensi untuk berlaku curang.
“Hubungan mereka berantakan kerana sikap tidak setia. Lagu ciptaan saya sangat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Terpulang pada mereka yang mendengarnya. Untuk lagu single terbaru ini, saya nyanyikan sebagai seorang yang pernah menjadi mangsa curang,” katanya pada pemberita.
Muzik video yang dimuatnaik menerusi laman Youtube Rocketfuel Network pada 29 November lalu sehingga kini mendapat jumlah tontonan melebihi 165 ribu. Rata-rata peminat turut memuji nyanyian serta lakonan Syamel dalam muzik video tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.