Pelakon, Syafiq Kyle menolak kemungkinan mendirikan rumah tangga pada tahun ini, meskipun memasang niat untuk berkahwin kerana mahu membuat persediaan mental sebelum menjadi ketua keluarga.
Memetik laporan Media Hiburan, Syafiq memberitahu bahawa kekangan masa dengan kerjaya membuatkan dirinya belum cukup bersedia untuk menyediakan diri sebagai suami.
“Ibu dan bapa saya berpesan, kalau berkawan dengan wanita, yang penting kalau tiada duit nak kahwin kena pasang niat untuk berkahwin. Dan saya sudah pasang niat tapi tak kahwin lagi.
“Saya kena hormat waktu pasangan saya dan dia pun kena hormat masa saya. Dan ibu bapa membiarkan kami membuat keputusan sendiri.
“Kami bekerja dalam bidang ini dan waktu pun tidak menentu. Apa yang saya perlu buat ialah sediakan diri terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami. Banyak tanggungjawab sebelum saya menjaga anak dara orang. Itu lagi penting daripada saya fikirkan bila nak kahwin,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Dalam nada berseloroh, aktor popular ini memilih tahun 2022 sebagai tahun untuk menamatkan zaman bujang kerana sudah terlepas tarikh cantik pada tahun 2020 ini.
"Ada lagi tak tahun yang cantik? Mungkin 2022?", seloroh Syafiq.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.