Pelakon drama Senafas Rindu yang ditayangkan di Astro Ria menampilkan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Wan Sharmila, Sharul Kamal, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.
Syafiq mengakui berhadapan cabaran berlakon dengan Lizzy, khususnya dari segi pertuturan.
"Saya berdepan cabaran apabila berlakon dengan pelakon wanita yang berbangsa lain.
"Lizzy ada masalah untuk petah bertutur dalam bahasa melayu.
"Cabaran saya adalah untuk membimbing dia walaupun kadang-kadang saya pun tidak tahu betul ke tidak," katanya kepada Gempak.
Rata-rata pengikut setia drama bersiri yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Ria 104 dan Ria HD 123 memberikan respon positif, memandangkan Syafiq dan Lizzy berlainan bangsa.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.