Pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) Selasa lalu.
Farhanna Qismina Supandi atau mesra disapa Sweet, dia yang sedang menjalani penggambaran filem di Kuala Kangsar, Perak mula berasa tidak sihat.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, pihak pengurusan syarikat Warner Music Malaysia berdukacita dan memaklumkan pelakon itu kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.
“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.
“Sweet membuat ujian calitan di sebuah hospital di Taiping dan keputusannya adalah positif, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.
Pelakon berusia 24 tahun itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas kesihatan yang memberi rawatan dan membantu sepanjang proses di hospital.
“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.
“Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini,” ujarnya.
Ramai rakan selebriti luah rasa sebak di ruangan komen Instagramnya dan berdoa agar urusan Sweet dipermudahkan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.