Filem Pusaka dilihat menjadi sebutan ramai dengan gandingan pelakon yang hebat dari dalam negara. Salah seorang daripada pelakon filem ini adalah Farhanna Qismina binti Supandi atau lebih dikenali dengan nama Sweet Qismina.
Menerusi Instagram, pelakon berusia 22 tahun ini telah melakonkan semula aksi seram yang dilakonkannya dalam filem Pusaka.
''When I read the script, otak sis tak berhenti fikir on how to do the “eww” scenes ( lagi banyak fikir hal ni dari hal college) But saya sangat beruntung ye dapat kerja with kak @ellasandera , the one with great mind who knows the tricks on how to make it happen. Memorable experience with her and hope to work again in the future. I miss you kakak! Nak tengok lebih kena tengok #filempusaka #janganmuntahye...", tulis Qismina pada ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat Qismina memuji lakonan beliau dalam filem berkenaan dan teruja dengan aksinya dalam filem bergenre seram.
Sumber: Sweet Qismina
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.