Pelakon, Farhanna Qismina Supandi atau lebih dikenali sebagai Sweet Qismina meluahkan rasa kesal dengan syarat pengambilan dan pemulangan buku teks sekolah adiknya baru-baru ini.
Menurut pelakon berusia 28 tahun ini, beliau mempersoalkan tindakan sekolah yang meletakkan syarat hanya ibu bapa dibenarkan untuk mengambil serta memulangkan buku teks, dan bukannya pelajar itu sendiri.
Baginya, adalah satu situasi normal baginya untuk meletakkan buku teks dibawah meja kelas. Namun ia menjadi masalah apabila bukannya pelajar itu sendiri dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan memulangkan buku teks.
“It’s normal for me (not sure for you) to have textbooks under my table. Plus it was from last year so obviously buku masih ada di sekolah.
“But why? I MEAN REALLY, WHY parents yang kena buat? Is it same for other school? Buat la syarat macam mana pun but tolong la bukan PARENTS yang buat.
“Tak semua badan masih kuat untuk angkat and jalan kehulur kehilir bawak buku. Sungguh, i rasa sedih gila tengok parents yang mengeluh penat & badan tak larat. Plus, OLD PEOPLE lagi HIGH RISK bila kena COVID ye..” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.
Tambahnya lagi, beliau juga kesal dengan tindakan sekolah yang tidak menunjukkan lokasi sebenar kelas kepada ibubapa/ penjaga yang perlu mengambil dan memulangkan buku teks para pelajar.
“I dah la tak tahu kelas adik I kat mana, sekolah besar dan jenuh tawaf satu sekolah. I sampai tak ada nafas dah dengan pakai mask lagi, so you bayangkan orang berumur yang kena?” soalnya lagi.
Perkongsian Sweet Qismina itu nyata menarik perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh beliau.
Sumber: Instagram Sweet Qismina
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.