Pelakon dan penyanyi Korea, Suzy mengumumkan untuk tidak menyambung kontraknya bersama JYP Entertainment.
Perkara itu didedahkan oleh pihak pengurusannya dalam satu kenyaataan rasmi semalam.
“Hello ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin mengumumkan kontrak eksklusif JYP bersama Suzy akan tamat pada 31 Mac ini. Kami telah mengadakan perbincangan beberapa bulan lalu dan membuat keputusan untuk melepaskan Suzy dengan menghormati keputusannya untuk tidak memperbaharui kontrak.
“Sebelum ini Suzy telah memulakan kerjayanya sebagai anggota kumpulan Miss A pada tahun 2010 dan bekerja keras sepanjang kariernya. Pada tahun 2017, Suzy sekali lagi telah memperbaharui kontrak bersama JYP. Suzy telah banyak mengharungi pelbagai pengalaman suka duka sepanjang Sembilan tahun bersama JYP.
“Selama sembilan tahun berada di bawah naungan JYP, dia merupakan seorang yang sangat istimewa dan berdedikasi. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menyokong Suzy sepanjang kerjayanya.
“Kami di JYP Entertainment akan sentiasa menyokong segala kerjaya seni yang dilakukan olehnya selepas ini,”
Suzy telah bersama JYP Entertainment sejak 9 tahun lalu dan dilaporkan akan bersama Management SOOP pada bulan hadapan. Management SOOP mempunyai barisan artis seperti Gong Yoo, Jung Yoo Mi, Seo Hyun Jin, Kim Jae Wook, dan Gong Hyo Jin.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.