Bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) , Fazura dan Fattah Amin menyambut ulangtahun kelahiran mereka bersama dalam satu majlis ‘Birthday Bash #Fattzura’
Hari yang juga merupakan hari kelahiran Fazura ke-34 turut diserikan dengan kejutan apabila Fattah Amin memberikan 500 kuntum bunga mawar putih dan merah jambu sebagai hadiah istimewa.
Jelas Fattah Amin pada Harian Metro, 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.

Foto: IG @beritaharian
"Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya. Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali.” jelasnya pada Harian Metro
Selain itu, peminat mereka turut memberi sorakan gemuruh apabila Fazura dan Fattah Amin menyanyikan lagu duet bersama.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.