berita hiburan era Umur 27 Tahun Dah Jadi Ayah, Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Kanak-kanak yang dijadikan anak angkat itu diberi nama Faeq. Editor 11 Sep 2019, 09:01 AM Share Tweet Penyanyi, Sufian Suhaimi telah membuat pengumuman bahawa beliau secara rasminya telah mengambil anak angkat pada usianya mencecah 27 tahun.Pengumuman yang dibuat menerusi laman Instagram miliknya itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang telah dikurniakan kepada beliau selama ini. Beliau juga menyatakan pada usia 27 tahun ini bukanlah satu usia yang terlalu muda bagi beliau untuk memikul tanggungjawab ini.Kanak-kanak yang dijadikan anak angkat itu diberi nama Faeq. View this post on Instagram SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on Sep 10, 2019 at 4:51am PDTTahniah Ayah Yan! Share Tweet Filled Under : trending info era gmmj sufiansuhaimi sufian *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.