Baru-baru ini, Elfira Loy sudahpun memuatnaik gambar majlis pertunangannya selepas sekian lama mendiamkan hal itu daripada umum.
Dipetik daripada HMetro, Sufian Suhaimi mendoakan agar apa yang dirancang oleh Elfira Loy dipermudahkan.
Tambah Sufian lagi, beliau tidak terkejut dengan berita itu malah menumpang gembira dengan apa yang terjadi.
Beliau juga mengakui masih solo dan belum bertemu pengganti seperti yang dihebohkan media sebelum ini.
“Sepanjang tahun ini jadual kerja saya agak padat. Jadi, untuk memberi komitmen kepada hal peribadi seperti hubungan cinta belum masanya lagi,”
“Buat masa sekarang ini saya tidak mencari, tapi tidak juga menutup pintu hati untuk orang lain. Saya serahkan saja jodoh kepada ketentuan-Nya,” katanya.
Sumber: HMetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.