
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Walaupun dugaan putus tunang datang menimpa penyanyi Sufian Suhaimi, namun lagu barunya Dimatamu mendapat sambutan yang luar biasa.
Sufian melancarkan muzik video di Youtube pada 23 Mac lalu iaitu tarikh yang sepatutnya dia dan Elfira bernikah. Dalam masa lima hari muzik video tersebut mendapat 4.7 juta view di Youtube. Kini terdapat lagi satu berita gembira apabila Sufian menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD)
"Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.
"Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan.
"Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD," katanya kepada mStar Online.
Namun, buat masa sekarang Sufian terpaksa melupakan dulu hasratnya untuk menyambung pengajiannya kerana ingin memberi fokus kepada kariernya dahulu.
"PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan.
"Berat juga hati melepaskan peluang diberikan tetapi saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu.
"Tambahan pula sekarang banyak perancangan yang telah disusun dan jadual sangat padat buat masa sekarang," katanya.
Sufian kini sedang sibuk dengan pelbagai jadual untuk mempromosikan single terbarunya dan beberapa komitmen lain.
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.