Semalam Haqiem Rusli telah melancarkan single terbarunya Selamat Tinggal Sayang dan muzik videonya di Youtube telah mendapat hampir 250K view dan trending nombor #9.
Namun, ada lagi berita tak sedap didengari mengenai Haqiem apabila Sufi Rashid membuka mulut mengenai isu lagu tersebut. Menurut Sufi, Haqiem menggunakan 'intro' lagu barunya itu tanpa keizinan atau memaklumkan kepada penyusun asal iaitu Sufi sendiri.
"Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun dengarkannya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan 'intro' untuk lagu baru itu," katanya kepada Harian Metro.
Jelas Sufi lagi, dia tak mahu penghargaan yang lebih cukup sekadar kredit kepadanya.
"Sebelum dia menempa nama seperti hari ini, selalunya dia akan buat demo dengan menggunakan gitar. Sebagai orang yang boleh dikatakan rapat dengannya, saya nak sokong apa yang dia lakukan.
"Satu hari, dia beritahu saya yang dia nak buat demo yang lebih 'proper', jadi saya susun semula lagu itu dan mainkan dengan piano.
"Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak," katanya.
"Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri. Lagi pula, lagu itu pun bukan ciptaan dia sepenuhnya, tapi bersama seorang rakannya," katanya lagi.
Sufi turut meluahkan rasa kecewanya di satu posting di Instagram malam tadi.
Sumber: Instagram @sufierashid Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.