Pelakon, Yana Samsudin baru-baru ini berkongsi keadaan suaminya, Fadzil Zahari yang dilihat bertambah rajin menjaga anak-anak meskipun sudah lewat malam.
Menurut Yana, sebelum dia melahirkan anak keduanya itu, suaminya pernah berkata mahukan anak ramai kerana mahu rumah mereka meriah dengan telatah anak-anak.
“Sebelum lahir, ‘Sayang nak anak ramai, ramai baru meriah rumah kita,” tulis Yana.
Bagaimanapun, selepas kedua-dua anaknya dilahirkan, adik kepada pelakon Farid Kamil ini berseloroh menukar pendapatnya memiliki dua orang cahaya mata pun sudah cukup memadai buat dirinya.
“Bila dah lahir, ‘Sayang, yang ada ni pun syukur..”, seloroh Yana pada kapsyen di Instagram.
Kenyataan Yana itu membuatkan ramai netizen terhibur dan ada juga yang bersetuju dan sependapat dengan kenyataannya.
Terdahulu, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Yana Samsudin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.