Ika Nabila binti Abdul Rahim, atau lebih dikenali sebagai Ika Nabella, kini mengambil keputusan untuk tampil berhijab disamping menjalankan perniagaan miliknya.

Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun itu berkongsi posting terbaru di Instagram, memaparkan swafoto bersama suaminya, Muhammad Zaid Aznam.

Menurut Ika, beliau pernah bertanya kepada suaminya kenapa beliau tidak mengenakan minyak wangi apabila keluar seorang diri.
Jawab suaminya, dia tidak mahu Ika risau dan timbul syak wasangka terhadap dirinya.
“Asked him kenapa bila keluar seorang tak pakai perfume? He replied,
“tak pakai perfume la bagus you tak risau Sayang!”
aikkk?
Sayang @zaidbowie I tak pernah risau segala tingkah laku, tindak tanduk you. Belum tahap tu lagi hahahah
Pakai la sebotoi perfume pun tak pa aih!
Anything happen its between you & Allah.
I believe Allah will guide us to the right path. He will definately bagi I hint kan?”, tulis Ika.
Tambah lagi, Ika berkata, naluri isteri juga tak pernah silap, disambil mengingatkan para suami yang gerak geri mereka sebenarnya ‘diperhatikan’.
“Besides, I kan biniiiii! Instinct bini kan tak pernah silap. Setuju tak bini-bini sekalian?
Hahahaha bini ni kadang2 buat chill tapi jgn ingat kita terlepas pandang. Sekilas ikan di kolam..... 😙”

Anak kelahiran dari Pulau Pinang ini pernah menjadi peserta dalam Akademi Fantasia Musim 6 dan terlibat dalam beberapa drama lakonan di televisyen.
Sumber: Instagram Ika Nabella
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.