Pelakon, Eina Azman bersyukur apabila mengetahui suaminya dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih 12 hari dijangkiti COVID-19.
Pastinya, Eina dan dua anaknya resah melihat suaminya disahkan positif virus itu dan sebagai pesakit COVID-19 kategori 4.
Malah, dia juga memohon untuk mendoakan kesihatan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah setelah tahap oksigennya menurun ketika itu.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, dia berterima juga kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga dan agar dilindungi daripada wabak bahaya ini.
“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga apabila memikirkan keadaan suami saya yang kena COVID Stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30 peratus, dengan oksigen yang turun naik dan doktor cakap kalau dalam masa 2 ke 3 hari oksigen tak okay, suami kena masuk ICU. Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke ICU.
“Ya Allah, saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk, memikirkan apa patut saya buat,” katanya.
“Sekarang ini, suami saya pulang ke rumah, mungkin juga dari doa-doa semua yang Allah makbulkan,” ujar Eina.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.