Suami kepada pelakon, Nadia Brian hari ini mendakwa isterinya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain sepanjang perkahwinan mereka.
Beliau juga mendakwa, rumah tangganya bersama Nadia juga sedang menanti belah.
Bagaimanapun menurut Nadia, hal ini disifatkan terlalu peribadi dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Tambahnya, ada banyak lagi isu lain yang lebih berat dan penting, berbanding dengan ‘kisah kecil’ ini.
Nadia dan suaminya, Muizz Nasruddin baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Shah Alam, selepas berkenalan selama dua tahun.
Sumber: Gempak
Foto: Mstar / Instagram Nadia Brian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.