Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai berpeluang meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga anak-anak.
Begitu jugalah yang dirasai oleh penyanyi, Stacy Anam yang juga isteri kepada penyanyi dan komposer, Akim Ahmad.

Menurut Stacy, sejak PKP dan PKPB ini, beliau memang sepenuh masa hanya di rumah bersama suami dan anak-anaknya iaitu Bella, 8, dan Eshaal, 3.
Tambah penyanyi berusia 30 tahun itu, sejak 'berkurung' di rumah, Stacy dan suami lebih banyak masa untuk berbincang mengenai masa depan dan hubungan sesama keluarga juga lebih erat.

"Setiap hari, ada saja aktiviti menghiburkan. Malah, saya dan suami lebih banyak masa untuk berbincang mengenai perancangan masa depan.
"Apatah lagi, kami masih aktif dalam kerjaya seni dan ada syarikat pengurusan bakat. Maka, perancangan baharu harus difikirkan berikutan tak tahu bila pandemik ini akan reda,
"Sekarang, saya memang semakin berminat menulis lirik lagu. Apatah lagi, ada beberapa karya dihasilkan secara bersama dengan Akim.
"Malah, yang pasti lagi hubungan kami bertambah erat. Masa bersama untuk berbincang dah banyak termasuk kami berpeluang bertukar pendapat dalam pelbagai perkara menjurus keluarga dan kerjaya," katanya kepada pemberita.
Menjengah ke laman sosial Instagram, Stacy dan Akim dilihat meluangkan masa bersama dengan bermacam aktiviti menarik setiap hari.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.