Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

8,076 Calon Direkodkan Tidak Hadir Peperiksaan SPM 2024

Aimi Amira Nordin
13 Feb 2025, 03:31 PM

Seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkodkan tidak hadir pada peperiksaan bertulis berdasarkan data direkod Kementerian Pendidikan (KPM) setakat 6 Februari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek menjelaskan daripada jumlah itu, seramai 6,231 adalah merupakan calon sekolah KPM.

8,076 calon direkodkan tidak hadir peperiksaan spm 2024

Foto: Bernama

"Berdasarkan analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM 2024 adalah bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) di Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, bagi peperiksaan SPM 2024, seramai 386,739 calon baru sudah mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, dimana 345,129 daripadanya adalah calon sekolah KPM.

Dalam pada itu, bagi menangani isu ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan SPM, Fadhlina menjelaskan bahawa KPM sudah melaksanakan intervensi antaranya memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) agar memudahkan pihak sekolah melaksanakan intervensi.

8,076 calon direkodkan tidak hadir peperiksaan spm 2024

Foto: Kosmo

“Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM turut diaktifkan pada semua peringkat dan memantau status murid berisiko cicir melalui papan pemuka bertujuan untuk memastikan kehadiran calon dalam peperiksaan SPM dan mengoptimumkan tindakan intervensi yang bersesuaian.

"Pengesanan awal ini membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi. Program SPM 2025 akan diteruskan dengan memberi fokus kepada murid yang berisiko cicir bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran wajib lulus SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah," katanya lagi.

Malah, KPM sudah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan empat bagi memastikan mereka akan hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.

Bagaimanapun, masih terdapat pelbagai langkah yang sedang diatur pihak kerajaan bagi membendung masalah ini supaya dapat diatasi dari masa ke semasa.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us