Awal bulan ini, khabar angin mulai menyebar bahawa Tom Holland mungkin bukan satu-satunya Peter Parker yang kembali untuk Spider-Man 3.
Menurut pelbagai sumber laporan, Andrew Garfield dan Tobey Maguire sedang dalam perbincangan untuk membawa peranan mereka sebagai Spider-Man.
Spider-Man 3 dilaporkan akan menampilkan kemunculan Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange untuk filem Marvel baru ini. Beliau akan memegang karakter sebagai mentor baharu kepada Peter Parker berikutan kematian tragis Tony Stark dalam Avengers: Endgame.
Juga, terdapat ura-ura mengesahkan bahawa Jamie Foxx's yang memegang watak Electro dari The Amazing Spider-Man 2 juga akan tampil dalam filem baru ini.
Dengan peranan Foxx yang disahkan, desas-desus muncul bahawa watak-watak lain dari filem-filem Spider-Man yang lalu juga akan kembali dalam Spider-Man 3. Ia menguatkan teori bahawa ketiga-tiga Spider-Man akan kembali.
Satu sumber lagi melaporkan bahawa ketiga-tiga Spider-Man akan bergabung bersama untuk mengalahkan semua musuh mereka dalam Spider-Man 3. Ini juga masuk akal apabila kita dapat menyaksikan kemunculan semula Electro dalam filem ini nanti.
Menurut laman ET Canada, peminat tidak perlu meletakkan harapan tinggi untuk menyaksikan tiga Spider-Man, kerana ia masih dalam perbincangan Sony dan Marvel.
Meskipun dalam perancangan awal Spider-Man 3 akan ditayangkan pada Disember 2020, ia mungkin akan ditunda kerana Fasa ke-4 Marvel harus bermula dengan filem Black Widow terlebih dahulu. Namun, dek kerana wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Marvel Studios terpaka melakukan penundaan dari satu tarikh kepada satu tarikh lain.
Sumber: Alternative Press
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.