Sumber: Instagram Soo Wincci
Tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba. Maka, seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Dan di Malaysia, umat Islam akan berpuasa lebih kurang 12 jam memandangkan waktu siang dan malam adalah sama.
Tapi, seorang selebriti yang sudah bergelar doctor dan bukan beragama Islam, Dr Soo Wincci juga turut menunjukkan rasa terujanya untuk menyambut kedatangan Ramadan. Seperti sebelum ini, Soo Wincci juga meraikan bulan Ramadan dengan berpuasa dan tahun ini sudah masuk kali ke 7 beliau berpuasa.
Yang menariknya, Soo Wincci akan berpuasa di Sepanyol. Mengikut jadual waktu yang dimuatnaik oleh Soo Wincci sendiri melalui laman instagramnya, beliau akan berpuasa lebih 16 jam. Wow! Memang betul-betul kental dan hebat. Tahniah Dr Soo Wincci!
Sumber: Instagram Dr Soo Wincci
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.