Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Sudah Berpuasa Lebih 10 Tahun, Soo Wincci Tarik Perhatian Warganet

Soo Wincci kongsi pengalaman berpuasa di luar negara.
Muhammad Izwan Zainal
18 Apr 2021, 08:00 AM

Penyanyi dan model Soo Wincci pasti berkongsi pengalaman dan ragam berpuasa ketika bulan Ramadan biarpun di bukan penganut agama Islam.

Wincci menghormati bulan suci umat Islam itu dan memandang serius terhadap amalan puasanya sehingga meraih sokongan dan pujian warganet.

sudah berpuasa lebih 10 tahun, soo wincci tarik perhatian warganet

Dia yang sedang berada di Valencia, Sepanyol sibuk melanjutkan pelajaran dalam bidang produksi artistik di peringkat doktor falsafah kedua mengaku cukup mencabar baginya berpuasa di sana.

"Ini tahun ketiga saya berpuasa di Sepanyol. Cukup mencabar apatah lagi siangnya lebih panjang.

"Setiap hari saya berpuasa antara 16 hingga 18 jam. Tapi saya tetap gagah melaluinya dan tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan puasa.

"Mujur tahun ini cuaca agak bagus kira-kira 20 darjah celsius. Saya juga banyak masa lapang berbanding tahun lalu di mana saya terikat dengan tugasan kerja produksi," katanya.

sudah berpuasa lebih 10 tahun, soo wincci tarik perhatian warganet

Bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 ini tidak memilih untuk menjamah juadah berbuka dan bersahur.

"Saya makan sederhana sahaja. Waktu berbuka saya jamah 'spaghetti' dan sayur pun okay. Sahur pula saya minum kopi dan makan roti.

"Saya suka memasak kerana lebih mudah.. Ikut tekak hendak makan apa. Lagipun, dengan pandemik COVID-19, operasi kedai di sini ditutup seawal jam 6 petang," katanya lagi.

sudah berpuasa lebih 10 tahun, soo wincci tarik perhatian warganet

Wincci mengaku banyak yang dipelajarinya ketika berpuasa lebih-lebih lagi mendisiplinkan diri.

"Sejak mula berpuasa, saya mendapat banyak nikmat. Ini membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus kepada perkara penting.

"Saya berkongsi mengenai amalan puasa kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya melakukannya. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua, bukan buat orang Islam sahaja," ujarnya lagi.

Sumber: Instagram Soo Wincci

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}