Penyanyi Siti Sarah diuji apabila didapati positif COVID-19 bersama suami dan anak-anak setelah mereka kontak rapat pembantu rumahnya yang dijangkiti wabak itu.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, penyanyi itu berkongsi berita berkenaan bersama pengikutnya dan memohon doa agar keluarganya berada dalam keadaan baik sahaja.
“Assalamualaikum semua. Kami sudah pun dapat keputusan ujian calitan Covid-19 pagi ini. Dukacita dimaklumkan kami sekeluarga positif Covid-19.
“Ini semua ketentuan Allah SWT. Kami menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada,” tulisnya.
Siti Sarah memohon agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga yang dijangkiti wabak tersebut.
“Mohon kepada semua doakan kamu sekeluarga. Kami serahkan semuanya kepada Allah SWT. Amin, insya-Allah.
“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya. Terima kasih,” katanya.
Malah, suaminya Shuib juga percaya ujian ini pasti mempunyai hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Walaupun ujian ini berat buat kami sekeluarga, pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Doakan kami sekeluarga kembali sihat terutama isteri yang kini sedang hamil tujuh bulan,” katanya.
Namun, Siti Sarah sedang hamil juga bimbang akan bayi dalam kandungannya apabila mengetahui dirinya juga positif COVID-19.
Penyanyi itu menjangkakan akan menimang cahaya mata keempat sekitar bulan Oktober nanti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.