Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Menerusi hantaran di laman Instagram Shuib, dia memaklumkan sendiri mengenai berita duka itu.
“5.13 pagi 9 ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-fatihah,” tulisnya.
Sebelum ini, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan cahaya mata keempat pasangan itu ketika menerima rawatan pada Jumaat.
Rata-rata peminat dan rakan artis juga turut berdukacita akan ujian menimpa Shuib sekeluarga atas pemergian Allahyarham.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.