Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Tahap Oksigen Menurun Akibat Dijangkiti COVID-19

Siti Sarah sedang sarat mengandung 7 bulan itu dilaporkan batuk dan tidak selesa sejak kelmarin.
Muhammad Izwan Zainal
05 Aug 2021, 10:48 AM

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang dijangkiti COVID-19 dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) selepas tahap oksigen menurun, petang semalam.

Siti Sarah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan itu telah disahkan positif COVID-19 bersama Shuib Sepahtu dan tiga cahaya matanya.

siti sarah dikejarkan ke hospital tahap oksigen menurun akibat dijangkiti covid-19

Menerusi hantaran di Instagram Shuib, dia berkongsi keadaan isterinya itu dengan video berdurasi 14 saat.

Siti Sarah dilihat sedang duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.

“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.

Menurut kenyataan syarikat pengurusan, Indigital Music, penyanyi itu dikatakan perlu memotong gelang ‘pink’ kuarantin tetapi dia mengalami batuk dan mengadu tidak selesa sejak kelmarin.

“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” ujar pengurusnya, Nana Mohd Rom.

Sebelum ini, pembantu rumah mereka disahkan positif wabak itu pada 25 Julai lalu dan Siti Sarah sekeluarga menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif.


 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}