Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang dilaporkan berada di unit rawatan rapi (ICU) mula menunjukkan reaksi positif setakat ini.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram suaminya, Shuib memaklumkan isterinya itu akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan sekitar jam 2.00 petang ini.
Bayi dalam kandungan Siti Sarah yang berusia 7 bulan itu juga dilaporkan stabil.
“Terima kasih kepada yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin, sekejap lagi sekitar jam 2 lebih Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi,” katanya.
Tambahnya, Shuib memohon semua agar mendoakan urusan isterinya dan diberikan kekuatan yang akan menjalani pembedahan sebentar nanti.
“Mohon terus doakan Sarah agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan baik, terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.