Penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbarunya bertajuk 7 Nasihat, tengah malam semalam.

Lagu nyanyian bersama Kmy Kmo & Luca Sickta ini telah berada di beberapa aplikasi dan platform digital, sehinggakan menjadi trending di laman Twitter sejak malam tadi.

Walaubagaimana pun, single 7 Nasihat ini telah dikongsikan semula oleh beberapa individu di Youtube tanpa mendapat kebenaran oleh pihak syarikat.
"Bantu saya dan report akaun berkenaan ya", tulis Dato Sri Siti pada ruangan kapsyen.
Single terbaru 7 Nasihat ini juga menjadi tangga pertama di iTunes selepas hanya 2 jam ia dilancarkan. Terbaik!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.