Datuk Seri Siti Nurhaliza kini kembali dengan single terbarunya, Anta Permana, ciptaan Hael dan Ezra Kong.
Dipetik daripada Gempak, Siti mengakui agak berdebar dengan lagu Anta Permana ini selepas kembali daripada bercuti lama.
"Ini penantian saya yang mendebarkan kerana semua orang tahu saya bercuti agak lama dan untuk menghasilkan comeback dengan lagu yang terbaik bukannya mudah.
"Kadang-kadang kita rasa best tapi telinga orang lain rasa lain.
"Namun Alhamdulillah, maklum balas yang diterima sehingga kini kebanyakannya positif dan saya patut berikan penghargaan kepada Hael dan Ezra Kong sebab menghasilkan karya yang terbaik,"
Tambah lagi beliau tidak menyangka mendapat sambutan luar jangka hingga menduduki tangga pertama di beberapa pelantar digital seperti iTunes.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.