Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Siti Nurhaliza Kongsi Rahsia Hilang 22Kg Sejak Lahirkan Anak

Ramai yang dah perasan betapa Siti Nurhaliza dah banyak turunkan berat badannya.
Editor
11 Jun 2018, 09:50 AM

siti nurhaliza kongsi rahsia hilang 22kg sejak lahirkan anak

Ramai yang memuji penampilan terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dah semakin langsing selepas melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah. 

Semasa tempoh berpantang, Datuk Siti rajin berkongsi insta story iaitu cara pemakanannya yang sangat dijaga. Ia semua dijaga rapi olej Natalis Mother Care. 

"Sebetulnya, kalau mahu membuat 'comeback' dalam industri muzik dan muncul di kaca TV, saya memang perlu kurangkan sedikit lagi berat badan. Begitupun, ketika ini ramai juga yang mengatakan saya sudah kembali kurus. Saya hanya mampu memanjatkan kesyukuran. Semua ini juga adalah kerana Aafiyah dan proses berpantang yang saya lalui.

"Menerusi pakej Natalis sebelum ini, makanan yang ditawarkan juga sangat sihat. Tidak ada makanan yang digoreng, sebaliknya ia lebih banyak dibakar atau dikukus. Nasi yang disediakan juga daripada beras perang. Saya pula makan dengan kuantiti yang tidak banyak.

"Selain itu, saya turut mengikuti rawatan bertunku, mandi wap dan berurut. Selain 44 hari berpantang, saya mengambil pakej jagaan mereka selama 30 hari lagi sebagai tambahan," kata Siti.

Semasa mengandungkan Aafiyah, berat badan Siti mencecah 92 kilogram. 

"Sekarang, berat saya adalah sekitar 70kg. Memang saya kena turunkan lagi berat badan. Jika saya dapat mengurangkan sehingga 59kg, barulah lega sikit," katanya bersemangat.

Ada juga pemakanan lain yang Siti amalkan seperti pengambilan jamu. 

"Saya juga ada mengambil minuman bertenaga. Saya makan sarang burung, lobak putih dan pelbagai jenis ikan termasuk salmon.

"Saya turut mengambil makanan tambahan dan jamu. Ada yang mengatakan pengambilan jamu boleh membuatkan badan kita berasa panas. Saya bagaimanapun mencubanya terlebih dulu dan setakat ini, ia sesuai dengan tubuh saya," katanya.

Sumber: BH Online 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}