Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Sissy Imann Selamat Bernikah Dengan Dr. Zamir Hilman, Hadiah Nombor Plat Khas SIS5795 Jadi Perhatian

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Dec 2025, 11:46 AM

sissy imann selamat bernikah dengan dr. zamir hilman, hadiah nombor plat khas sis5795 jadi perhatianFoto: Instagram

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann kini sah menjadi isteri kepada Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah selepas pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis berlangsung dalam suasana tenang dan dihadiri keluarga rapat serta rakan terdekat.

Dalam pertukaran hantaran, salah satu hadiah yang mencuri tumpuan ialah nombor plat istimewa bertulis SIS5795, yang dipilih bertepatan dengan nama dan identiti Sissy sendiri.

Hadiah itu segera menjadi bualan tetamu kerana kelainannya, manakala jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor berkenaan masih dirahsiakan.

Selain nombor plat, Sissy turut menerima hadiah percutian ke Rome, Itali sebagai destinasi bulan madu, melengkapkan hantaran bermakna daripada pihak lelaki. Mas kahwin pula diberikan dalam bentuk gelang emas yang bernilai lebih RM6,800, sementara jumlah wang hantaran kekal dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Perjalanan hubungan pasangan ini bermula awal tahun lalu apabila Dr. Zamir merawat Sissy sebagai pesakit tanpa mengetahui bahawa wanita itu merupakan seorang selebriti. Perkenalan ringkas itu kemudian membawa kepada hubungan yang semakin rapat sebelum mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.

Sissy sebelum ini sudah memberi bayangan mengenai tarikh pernikahan ketika ditemui media awal bulan lalu, dan kini rasa syukur serta ucapan tahniah membanjiri ruang komen daripada peminat serta rakan artis yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us