Penyanyi, Sissy Imann tidak ketinggalan untuk melancarkan single terbaharunya berjudul ‘NAMAKU PADAMU’.
Berusia 26 tahun, Sissy juga tidak gentar melakukan pelbagai bidang kerjaya dalam industri seni seperti berlakon dan mengacara.
Namun, ia bukanlah alasan bagi penyanyi ini untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.
‘Namaku Padamu’ ini merupakan single yang kesebelsan selepas hampir lapan tahun bertapak sebagai anak seni.
Malah, lagu istimewa mendapat sentuhan ciptaan Firdaus Rahmat dan Omar K selain ia mengisahkan tentang percintaan yang menjadi tanda tanya apabila ditinggalkan gantung tak bertali.
Tidak dinafikan, lagu Balada sering menjadi pilihan Sissy Imann ketika melancarkan lagu tetapi ia bukanlah alasan baginya untuk meneruskan karya dengan pelbagai genre.
Video muzik rasmi bagi lagu ini mempunyai penceritaan tentang kekasih yang dicurangi dan dendam seorang perempuan terhadap kekasihnya yang diterajui Sissy sendiri.
Kini, para peminat boleh menikmati dan mendengar lagu terbaharu ‘Namaku Padamu’ ini di semua pelantar digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.