ASYRFNSIR atau lebih dikenali dengan nama Asyraf Nasir, telah dinobatkan sebagai Juara RapStar ERA baru-baru ini.
Tidak menunggu lama, Asyraf kini hadir dengan single terbarunya berjudul 'Virus', yang diciptakan hasil kolaborasi bersama SonaOne.
Meskipun menggunakan judul sedemikian, Aysraf menjelaskan ia bukanlah berkenaan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, sebaliknya frasa Virus itu adalah melambangkan dirinya.
"Mungkin disebabkan situasi terkini, ramai pendengar akan menganggap lagu ini adalah tentang wabak COVID-19.
"Tapi sebenarnya virus yang dimaksudkan itu adalah saya. Sewaktu saya menyertai RapStar ERA, saya memang menyimpan niat untuk memastikan karya yang dihasilkan sampai dan ‘menjangkiti’ semua orang.
"Saya amat berbesar-hati dengan bantuan SonaOne dan mengakui sentuhan komposer itu menjadikan hasil akhir Virus lebih sempurna.
“Tahap pemikiran SonaOne sememangnya berada di tahap tersendiri. Dalam 20 minit pertama dia mampu siapkan rangka asas pada iramanya dan lagu ini berjaya siap sehari saja dalam masa tujuh jam," katanya seperti dipetik dari Gempak.
Sumber: Gempak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.