Shuib, suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin memohon agar orang ramai tidak lagi memuat naik dan memadam semua foto dan video mengenai Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Shuib meminta dengan rendah diri kepada semua oihak agar menghormati keputusannya dan bekerjasama untuk memadam semua foto dan video berkenaan.
“Saya ada permintaan di mana saya memohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup aurat dengan sempurna,” katanya.
Pelawak dan usahawan itu juga meminta untuk sentiasa bersederhana jika bercerita mengenai kebaikan yang dilakukan arwah sebelum ini.
“Saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan secara berlebih-lebihan, cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita,” ujarnya.
Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Allahyarham isterinya.
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.
“Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarham, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.
Minggu lalu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas ditidurkan akibat dijangkiti virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.