Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Shuib Jumpa Pakar Psikiatri Setiap Minggu, Akui Emosi Terkesan Sukar Lalui Kehidupan Selepas Pemergian Isteri Tercinta

Shuib tidak akan bercerita masalah kepada ibu atau mentuanya.
Muhammad Izwan Zainal
09 Nov 2021, 01:22 PM

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib mengakui masih sukar untuk melalui kehidupan sehariannya selepas pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

shuib jumpa pakar psikiatri setiap minggu, akui emosi terkesan sukar lalui kehidupan selepas pemergian isteri tercinta

Memetik laporan Kosmo Online, Shuib juga berkongsi dia ada mendapatkan rawatan mengenai kesihatan mental dengan pakar psikiatri hampir setiap minggu.

Malah, dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi perasaannya.

“Sehingga kini, saya tak akan bercerita dengan orang lain sekiranya ada masalah walaupun dengan mak atau mentua. Saya hanya boleh pergi ke pusara isteri dan berkongsi dengannya.

“Disebabkan hal itu juga, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang pernah menjaga Siti Sarah untuk memeriksa kesihatan tahap saya. Lebih kurang pakar psikiatri lah,” katanya.

shuib jumpa pakar psikiatri setiap minggu, akui emosi terkesan sukar lalui kehidupan selepas pemergian isteri tercinta

Tambahnya, pelawak itu menjelaskan tujuannya berjumpa dengan doktor hanya untuk memantau tahap kesihatan badan dan mentalnya dalam keadaan yang baik.

“Perjumpaan tersebut juga bagi memastikan kesihatan mental saya dalam keadaan baik sebab berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita. Syukur saya ada keluarga yang sangat baik untuk bantu menjaga keluarga kecil saya.

“Alhamdulillah sekarang ini kami sering buat aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini seperti mengaji setiap malam dan solat berjemaah. Jadi perkara seperti ini sangat membantu kesihatan mental saya,” ujarnya.

Namun, Shuib meluahkan rasa syukur apabila emosi anak-anaknya stabil dan masih dalam keadaan yang baik dan terkawal.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ialah emosi. Saya rasa itu yang paling sukar buat saya.

“Alhamdulillah emosi anak-anak terkawal tetapi berbeza dengan saya kerana hampir semua benda saya lakukan dengan Sarah. Bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua.

“Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu nak rujuk pada siapa,” ujarnya lagi.

Shuib dilihat berkongsi foto dan video terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin serta meluahkan rasa rindu yang teramat buatnya.

Sumber: Kosmo Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}