Penyanyi, Shiha Zikir dan gandingan Noki K-Clique melakar sejarah apabila mendapat penghargaan Best of Asian – Pop dalam InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 anjuran agensi antarabangsa di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Penyanyi itu bersyukur dan tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Anugerah ICMA yang dimulakan sejak 2011 adalah acara berprestij dunia terbuka kepada bakat muzik dari seluruh dunia.
Malah, penggiat seni muzik dunia sentiasa menanti acara gilang-gemilang itu yang mengangkat martabat karya muzik di pelusuk dunia.
Menerusi laman sosial rasmi ICMA, pemenang bagi setiap kategori pertandingan bakal menerima biasiswa yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Sebagai wakil Malaysia, Shiha juga berterima kasih AEWO mendapat sokongan pendengar dan peminat setia industri tanah air.
Lagu AEWO dilancarkan pada Ogos lalu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Shiha bergandingan dengan penyanyi rap Noki K-Clique.
Terdahulu, lagu AEWO sangat memberi impak kepada masyarakat kerana mesej mendalam yang diterapkan dalam lagu iaitu mesej supaya menjauhkan diri daripada perkara syirik atau tahyul.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.