Penyanyi versatil, Shiha Zikir membuat kejutan ketika konsert Todak Music & Friends apabila menyanyikan dua buah lagu yang belum dilancarkan di mana-mana platform muzik.
Konsert yang diadakan dengan penuh meriah pada hujung minggu lalu pada 5 Februari di PJ PAC Petaling Jaya yang dianjurkan Todak Music bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan revolusi dalam industri muzik tanah air.
Selain Shiha Zikir, penonton turut dihiburkan dengan beberapa selebriti tempatan yang lain seperti Fadh Majid, Razak A’ai, Bunga Isme, Luqman Podolski dan ramai lagi.
Malah, kejutan demi kejutan diberikan ketika konsert berlangsung dan menariknya Shiha berbesar hati dapat menyanyikan dua buah lagu yang belum dilancarkan lagi kepada semua penonton ketika itu.
Lagu ‘Kalam’ dan ‘Ulang’ nyanyian bersama Kay Khydir bakal dilancarkan untuk semua peminat muzik tempatan.
Elemen tradisional diselitkan di dalam lagu dan Shiha juga ada bahagian ‘rap’ di dalam lagu tersebut.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong yang menerima penghargaan dari pihak Todak Music dalam memberikan sokongan untuk memartabatkan muzik tanah air kita.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.