Pencarian Dewi Remaja 2019 telah pun berakhir dengan menyaksikan Shaza Bae dinobatkan sebagai juara untuk musim kali ini.
Shaza berkata, beliau mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada Dewi Remaja musim lalu dan akan mengawal segala apa yang dikongsikan olehnya ke laman sosial.
Menurut Shaza, sekiranya sesuatu perkara itu bersifat peribadi, beliau sama sekali tidak akan berkongsikan ia walaupun untuk 'closed friend'.
Dalam pada itu, bekas juara Dewi Remaja 2018, Haneesya Hanee juga telah menitipkan pesanan ringkas kepada Shaza Bae, termasuk menasihati beliau agar betul-betul membaca kontrak dan jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan keatas dirinya.
Terdahulu, gelaran juara Dewi Remaja 2018 keatas Haneesya Hanee telah ditarik balik kemenangannya pada 17 Januari 2019 berikutan penyebaran rakaman video beliau berparti liar di media sosial. Ini menjadikan beliau sebagai peserta Dewi Remaja pertama yang ditarik balik kemenangannya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.