Pelakon, Sharnaaz Ahmad menempelak tindakan segelintir orang yang pergi bercuti dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menempelak sikap masyarakat yang disifatkannya seperti sudah melupakan perjuangan melawan COVID-19.

“Mana kita punya common sense (akal), kita punya otak? Apa jadi saya tak faham, saya cerita pasal Langkawi sebab benda ini saya nampak.
“Saya tak pergi Langkawi tapi saya tengok ada kawan-kawan saya juga yang pergi. Setahun kita dikurung, nak pergi mana terbatas nak pergi luar negara tak boleh,” katanya menerusi video di Instagram.

Tambahnya lagi, akibat daripada tindakan segelintir orang ini, berkemungkinan akan wujud kluster baharu yang disebutnya sebagai ‘kluster buta perut’.
“Dia akan ada satu kluster yang orang panggil kluster ‘new year’ (tahun baharu). Bagi saya bukan kluster tahun baharu tapi kluster buta perut. Saya tengok orang muat naik gambar di Pantai Chenang. Tolonglah, itu semua tempat bawa penyakit.
“Saya tak kisah anda nak pergi bercuti sebab saya tahu anda tertekan tapi tengoklah, punya banyak kes datang daripada Langkawi. Tapi yang pergi bercuti, berhimpit dan melepak. Tolonglah, naik seram saya tengok.
“Kalau mereka balik sini daripada bercuti takkan kita taknak jumpa? Kalau saya akan tanya kalau seseorang itu balik dari Langkawi, saya taknak jumpa,” kata Sharnaaz.
Sharnaaz juga menasihatkan orang yang mempunyai kontak rapat agar melakukan kuarantin sendiri di rumah dan tidak berada ditempat awam buat sementara waktu.
Perkongsian Sharnaaz ini mendapat perhatian ramai khasnya pengikut beliau di Instagram yang turut berkongsi pendapat mereka tersendiri.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.