Pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya membuat cabaran untuk menjadi penyampai radio ketika sesi siaran langsung di laman Instagram milik mereka.
Menerusi sesi tersebut, penyampai radio ERA, Radin dan pelumba negara, Hafizh Syahrin juga turut serta dalam sesi bersama kedua-dua pelakon itu.
Idea ini timbul apabila Sharnaaz membuat satu hantaran di IG Story dan bertanya pendapat bersama pengikutnya untuk cuba menjadi penyampai radio bersama Syukri.
Gelagat mereka yang tak henti bergurau senda membuatkan Radin dan Hafizh ketawa berdekah-dekah.
Hafizh Syahrin meriahkan suasana apabila melakukan tarian TikTok dan berkata tidak sabar mahu menonton drama lakonan Shukri Yahaya, Rindu Awak Separuh Nyawa.
Malah, rata-rata warganet juga terhibur apabila mereka bergurau mengenai talian internet Sharnaaz yang sering kali tersekat ketika sesi siaran langsung itu.
Lebih mengejutkan apabila sesi siaran langsung mereka di Instagram itu mencecah lebih 23,000 tontonan ketika itu.
Tonton video penuh gelagat mereka di YouTube ERA sekarang!
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.