Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah mendapat kecaman oleh segelintir netizen ekoran daripada tindakannya membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang.
Beliau sempat berkongsi foto bersama kesemua pelajar tahfiz berkenaan dan jelas terpancar wajah gembira diwajah mereka.

Namun tindakan beliau ini telah dipersoal dan mendapat kecaman netizen. Ada yang mengatakan ia tidak sesuai dan banyak aktiviti lain yang lebih berfaedah.

Meskipun dikecam ramai, Sharifah Sakinah mempertahankan tindakannya menerusi satu hantaran di Instastory.

Sumber: Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.