Pelakon, Sharifah Sakinah baru-baru ini telah berkongsi satu foto dengan kapsyen yang mengejutkan ramai orang.
Foto yang memaparkan dirinya telah menceritakan tentang penyakit disleksia tahap sederhana yang dihidapi olehnya,
Disleksia merupakan satu gangguan yang ditandai oleh perilaku impulsif, hiperaktif dan kurang perhatian. Ia memiliki ciri-ciri ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’, menyebabkan diri menjadi sukar untuk fokus dalam melakukan aktiviti seharian.
“Saya gemar membaca buku tapi tak mampu nak habiskannya. Tengok filem pun separuh-separuh. Menaip pun mesti typo teruk.
Lepas tamat persekolahan saya baru sedar saya ada ciri-ciri ADHD dan disleksia sederhana.”
Disebabkan ini, Sharifah Sakinah sering melakukan beberapa aktiviti lain supaya dirinya menjadi lebih fokus, antaranya berlari dan bersenam.
“Saya berlari sebelum membaca, penggambaran dan menghadiri acara. Ia membantu untuk saya lebih fokus. Makan pun jaga. Saya kurangkan pengambilan tenusu dan daging serta memakan banyak buah-buahan.
Kini saya belajar untuk bermeditasi untuk membantu saya tenang. Memang banyak ikhtiar yang perlu saya buat untuk menjadikan saya individu normal. Tetapi ia berbaloi.”
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.