Minggu lepas, penyanyi Shahir Zawawi, 29, dihambat dengan kontroversi dengan seorang gadis yang juga seorang pramugari, dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin, atau Mona.

Dalam kenyataan yang dipetik daripada Berita Harian, Shahir memberitahu bahawa beliau sekali lagi mengulangi kenyataan dan hasrat mahu melamar Erra Fazira, tahun hadapan.
Menurut juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, dia masih lagi Shahir yang sama dan bersyukur bahawa Erra Fazira faham akan gosip yang mengaitkan dirinya dengan Mona sebagai asam garam dunia seni.

Gambar: Berita Harian
Terdahulu, Mona mendakwa bahawa dia dan Shahir menjalin hubungan yang disifatkan lebih daripada artis dan peminat.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.