
Sekian lama juga hubungan antara Syahir Zawawi dan Erra Fazira, namun peminat masih tertanya-tanya bilakah mereka akan mengakhiri hubungan mereka dengan ikatakan pernikahan.
Syahir bagaimanapun sudah memberi bayangan yang dirinya sudah bersedia untuk bergelar suami kepada actress Erra Fazira.
"Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun inilah (kami berkahwin). Saya bagaimanapun belum dapat memaklumkan tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua.
"Alhamdulillah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga saya juga merestuinya. Cuma, saya menunggu tarikh dan ketikanya saja," katanya ketika ditemui pada majlis kenduri durian anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Sentral, di sini hari ini.
Syahir menafikan ada menghantar rombongan ke rumah Erra pada hari raya pertama yang lalu. Menurutnya, dia ke rumah Erra hanya untuk menziarah bersama keluarganya sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Kami mungkin akan terus bernikah, tanpa majlis bertunang. Apa pun, saya serahkan kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya. Namun, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancangan. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan," katanya.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.