Peminat seluruh dunia nyata tidak sabar untuk menunggu kesinambungan filem Avengers: End Game, mestipun ia akan ditayangkan pada April nanti.
Namun, seorang atlet sukan popular dunia, Serena Wiliam, menerusi posting dilaman Instagramnya, secara tidak sengaja mendedahkan nasib yang bakal dialami oleh Captain America dalam filem ini.
Serena memberi bayangan bahawa Captain America yang dilakonkan oleh Chris Evans akan mati dalam salah satu babak filem itu. Ini berpunca daripada video yang dirakamkan oleh Serena dari jarak jauh yang kemudiannya kedengaran sesuatu disebut oleh atlet itu berkenaan Avengers.
“Saya kecewa dia mati di dalam Avengers”
Serena bagaimanapun telah memadam video berkenaan daripada Instagramnya. Sejauh mana kebenaran spoiler ini, sama-sama kita nantikan Avengers: Endgame pada April nanti
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.