Sepupu kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, dilaporkan positif wabak COVID-19.
Memetik hantaran oleh Neelofa di laman Twitter, sepupu beliau yang dikenali sebagai Noor Sameera binti Haji Mohd Nazlee, 7 bulan, dilaporkan positif wabak berkenaan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
Neelofa juga meminta agar orang ramai mendoakan sepupunya ini kembali pulih daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.
Untuk rekod, setakat 20 Mac, Malaysia mencatatkan 1,030 kes positif COVID-19 dengan tiga kes kematian dan 87 kes daripada jumlah ini juga telah pulih.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Neelofa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.